"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m"
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan
Showing posts with label keagamaan. Show all posts
Showing posts with label keagamaan. Show all posts
Sunday, February 5, 2012
Tuesday, January 17, 2012
15 sebab Allah turunkan bencana15 perkara berikut, maka layaklah bagi Allah menimpakan bencana ke atas mereka iaitu: Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja. Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri. Apabila anak menderhakai kedua ibu bapanya. Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri. Apabila suami terlalu mentaati isteri. Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising. Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan dalam masjid. Apabila pemimpin sesebuah kaum itu adalah orang dihina oleh kaumnya sendiri. Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu. Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya. Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis. Apabila ramai lelaki memakai sutera. Apabila wanita dijemput ke dalam majlis u
Friday, June 10, 2011
kelebihan dan kepentingan mengerjakan ibadat solat di awal waktu..
SOLAT fardu ditetapkan dengan waktu tertentu. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya.” (Surah an-Nisa’ ayat 103).
Kita perlu memahami bahawa wajib di awal waktu mengerjakan solat tergolong dalam wajib diperluaskan dalam waktunya yang tertentu.
Contohnya, waktu Zuhur bermula selepas gelincir matahari ke arah barat dan berakhir selepas bayang berubah menjadi panjang dari asal barang yang dijadikan pengukur.
Sekarang waktu solat mudah diketahui menerusi azan di masjid, akhbar, televisyen dan Internet. Untuk lebih lanjut setiap waktu solat yang difardukan terbahagi kepada empat masa:
(1) Waktu afdal (utama) - di permulaan masuk waktu.
(2) Waktu pilihan (iktiyari) - sebaik-baiknya masuk waktu sehingga ke akhirnya.
(3) Waktu harus - kepada orang musafir yang dibenarkan jamak (himpun) antara dua solat.
(4) Waktu haram - pada akhir waktu sehingga tidak sempat menyempurnakan solat dalam waktunya.
Solat adalah tiang agama dan tujuan solat untuk mengingatkan manusia mengenai hubungan manusia dengan Allah. Manusia adalah hamba-Nya yang perlu sentiasa patuh kepada ajaran Allah dalam semua keadaan.
Rasulullah sangat menitikberatkan solat sehingga baginda menasihatkan ibu bapa supaya menyuruh anak mereka bersolat apabila mencapai umur tujuh tahun dan memukul kanak-kanak terbabit apabila dia ingkar suruhan solat ketika berusia 10 tahun.
Rasulullah juga menitikberatkan mengenai solat berjemaah. Terdapat cerita dalam hadis bagaimana Rasulullah menyatakan niatnya untuk membakar rumah penghuni yang tidak bersolat jemaah.
Solat berjemaah adalah syiar Islam yang perlu dilaksanakan umat Islam. Masyarakat Islam akan berjaya apabila mementingkan amalan solat dan ajaran Islam secara amnya.

Thursday, May 26, 2011
15 sebab Allah turun kan bencana...
15 perkara berikut, maka layaklah bagi Allah menimpakan bencana ke atas mereka iaitu:
Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.
Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.
Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
Apabila anak menderhakai kedua ibu bapanya.
Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
Apabila suami terlalu mentaati isteri.
Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising.
Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan dalam masjid.
Apabila pemimpin sesebuah kaum itu adalah orang dihina oleh kaumnya sendiri.
Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.
Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya.
Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis.
Apabila ramai lelaki memakai sutera.
Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.
Apabila wanita mula bermain alat muzik
Subscribe to:
Posts (Atom)