Thursday, June 9, 2011

Kesihatn dan Kecantikan

15 Tanda Penuaan

Apabila melihat wajah di cermin dan mendapati terdapat garis-garis halus di bawah mata sesiapa juga pasti akan gusar memikirkan kulit yang semakin berkedut dan tua dimamah usia. 
Realitinya setiap wanita takut berhadapan dengan penuaan walaupun ia sebenarnya adalah proses semula jadi yang berlaku pada setiap manusia.

Jujurnya bagi wanita yang sudah berusia atau sudah memasuki usia senja masih menginginkan penampilan awet muda. Justeru mereka mencari pelbagai cara untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan disebabkan pancaran sinaran matahari, tekanan, pencemaran selain kesan merokok, minum minuman keras atau pola makan buruk yang turut menyumbang kepada penuaan kulit.

Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, tanda penuaan boleh dikesan pada kulit yang mengalami tompok hitam. Ini terjadi pada mereka yang sering berada di bawah matahari dalam tempoh yang lama. Biasanya kesan ini muncul pada lengan, punggung, dahi, tangan dan bahu iaitu daerah yang mudah terkena matahari.

Selain menimbulkan tompok hitam tanda penuaan boleh dikesan pada kelainan rona pigmen, terutama pada kulit wajah. Kulit menjadi kering dan kasar seterusnya menyebabkan kolagen dan elastin kulit rosak. Kolagen berfungsi memberikan kekuatan dan keanjalan kulit menjadikan kulit tegang dan kencang.




Seterusnya pori-pori yang semakin membesar adalah tanda kulit semakin tua. Seiring pertambahan usia, pori-pori menjadi lebih besar kerana terdapat sel kulit mati di sekitar liang roma.



Kajian dijalankan Akademi Dermatologi Amerika menunjukkan sinaran matahari dan juga aktiviti merokok juga boleh menyebabkan kulit berkedut. Paparan radikal bebas ini menyebabkan kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA) kulit dalam membran sel. Akibatnya, paras kolagen dan elastin turun daripada masa
ke semasa sehingga kulit mulai merosot dan hilang keanjalannya.

Justeru apa yang harus dilakukan wanita bagi menghalang semua tanda-tanda penuaan ini? Wanita moden hari ini sentiasa mengimpikan produk yang memberi pelbagai kebaikan pada kulit mereka bukan hanya mengurangkan masalah jerawat atau bintik hitam.


Memahami kehendak wanita L’Oreal Paris memperkenalkan produk penjagaan wajah Revitalift White Day Cream dengan SPF 18 yang boleh menghalang 15 tanda penuaan pada wajah. Penyelidikan dijalankan L’Oreal menunjukkan terdapat 15 tanda penuaan yang sering dialami wanita iaitu kurang keserian, kecerahan, kulit kusam, bintik hitam, tona yang tidak sekata, hilang keanjalan, kedut pada mata dan dahi, ada garisan ketawa, masalah garis rahang, kulit menggeleber dan kehadiran lipatan leher.


Kandungan Pro- Retinol A akan merangsang sel-sel kulit menjadikan kulit lebih tebal sekali gus memelihara daripada berkedut. Vitamin B3 pula akan mengesan tanda-tanda kulit tidak sekata selain memberi perlindungan daripada sinaran matahari. Penggunaan dalam masa empat minggu menjadikan kulit lebih cerah, lembut dan bermaya.


Duta produk L’Oreal, Maya Karin bersama adiknya Irina Melati berkongsi rahsia yang sama untuk mendapatkan kulit yang sihat, segar dan cerah.


Menurut Maya dia sangat bimbang sekiranya kulit menunjukkan tanda-tanda kusam dan tidak bermaya. Lebih-lebih lagi apabila sering terdedah pada matahari, persekitaran yang kotor serta tekanan di tempat kerja.


“Bagi mengatasi masalah ini saya cuba mendapatkan produk yang mampu memulihkan kulit untuk kekal semula jadi dan saya tidak lagi bimbang pada kedutan dan tanda penuaan,” kata Maya.


Selepas menggunakan Revitalift White Day Cream Maya memberitahu tekstur kulitnya lebih halus dan lembut. Rona kulit kembali sekata dan cerah.


“Produk ini tidak terlalu berminyak. Teksturnya licin dan lembut. Saya sukakan kesegarannya apabila disapu pada wajah. Terasa dingin dan segar. Lebih penting Revitalift White Day Cream memberikan perlindungan sepanjang masa,” katanya.


Irina berkata, tinggal di negara bermusim menyebabkan kulitnya cepat kering dan kusam. Dia memerlukan produk yang bukan saja melindungi malah menghalang kulit daripada menjadi kering dan berkedut.


Menjadikan ibu sebagai idola dalam bidang kecantikan, nasihat ibu supaya sentiasa menjaga kulit ketika usia muda benar-benar memberi manfaat kepada dirinya sekarang.


“Saya masih ingat pesanan ibu supaya menjaga kulit ketika usia remaja. Ini kerana kulit masih lembut dan senang dijaga. Saya meluangkan banyak masa mencari produk rawatan sesuai, ini kerana sekiranya kulit sudah rosak ia sukar dipulihkan semula.


“Selepas diperkenalkan dengan Revitalift White Day Cream dan mencuba selama empat minggu saya dapati kulit lebih anjal dan lembap. Memang sukar mencari produk yang mampu meninggalkan kelembapan berpanjangan pada kulit. Produk ini juga mengandungi pelindung matahari menjadikan kulit kekal cerah,” katanya gembira. Revitalift White Day Cream kini boleh didapati di pasaran pada harga RM39.90.

No comments:

Post a Comment